ilustrasi sang Pencipta kepada ku (part 3)

aku hanya seorang hambaNya yang datang untuk mencoretkan kisah hati ku untuk dilayangkan ke muka bumi.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahim


ada impian dan khabar yang kita tidak perlu khabarkan kepada orang lain, tetapi cukup berkata-kata dengan ALLAH swt.  
 "tersenyumlah wahai hati yang bersedih "

aku tahu kau bakal suamiku
aku tahu aku bakal isterimu
aku tahu kau tak jauh dariku
aku tahu kau akan muncul depan mataku
aku tahu kau pun fikirkan benda yang sama
aku tahu dan aku tahu
aku tahu kau bakal suamiku
aku tahu aku bakal isterimu
tapi 
aku tak tahu asal usulmu
aku tidak tahu dimanamu
aku tidak tahu siapa namamu
aku tidak tahu apa keturunanmu
aku tidak tahu berapa umurmu
aku tidak tahu harta kekayaanmu
aku tidak tahu kekuatan imanmu
aku tahu kau bakal suamiku
aku tahu aku bakal isterimu
tapi bilakah kau akan muncul dan bertemu denganku?

ilustrasi sang Pencipta kepada ku (part 2)

aku hanya seorang hambaNya yang datang untuk mencoretkan kisah hati ku untuk dilayangkan ke muka bumi.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahim

sesuatu yang bermain di minda ku seketika ketika aku terlihat sesuatu yang telah mengusik mindaku sebentar.

" kalau kita putus cinta jangan kecewa. mungkin kita ditakdikan bertemu dengan orang yang salah supaya kita lebih berhati-hati pada masa depan "

insyaallah.
________________________________________________________________________

Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahim
jodoh dan pertemuan semuanya ditangan yang Maha Esa.
maka jika nantinya kita tiada jodoh, mungkin aku tidak cukup baik untuk mu, pasti ada wanita lain yang lebih baik diluar sana yang lebih baik untuk mu. jika memang aku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak berkenalan dengan orang lainpun, aku tetap akan sentiasa berada disisi mu. kerana aku yakin, tulang rusuk tidak akan bertukar.


kerana sayang, aku terbayang dan tersenyum melihat ke arah langit.
setiap yang bermula pasti ada berakhirnya. setiap yang hitam pasti ada putihnya.setiap yang kabur pasti ada jelasnya.dan setiap yang benci pasti ada sayangnya. begitulah setiap yang hidup ada matinya.


amin amin yarabbal alamin.

___________________________________________________________________________________

ilustrasi sang Pencipta kepada ku (part 1)

aku hanya seorang hambaNya yang datang untuk mencoretkan kisah hati ku untuk dilayangkan ke muka bumi.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahimm


kini aku sedar. ya. mungkin Allah tidak memberikan aku jodoh yang tetap kerana mungkin aku belum cukup siap untuk menerimanya. atau mungkin juga terlalu banyak dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan. aku perlu membetulkan diri aku terlebih dahulu. ataupun mungkin sudah takdir untuk ku. mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk ku.aku berterima kasih dan bersyukur andainya hati ini pernah dimiliki walaupun hanya seketika. mungkin Allah mahu megajar aku supaya aku kenal erti kesabaran, ketabahan dalam perasaan dan jatuh bangunnya hidup sebagai seorang hawa. "sesungguhnya Allah telah titipkan seorang iman seiring yang engkau perlukan melebihi apa yang engkau dambakan."


hatiku kerap berbisik : dia milik Allah, apabila Allah ambil dia daripada kita, bermaksud Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. insyaallah.
amin amin yarabbal alamin.
___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahimm 

aku buntu, fikiran melayang jauh seketika. merenung ke atas, fikiran berceramuk. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba MU ini Ya Allah. Aku memohon pertunjuk kepada mu. aku hanya seorang insan di muka bumi ini yang hanya menumpang di atas kurniaan mu.
"ingatlah apa yang kita rasa terbaik itu hanya pinjaman dunia seketika untuk kita merasa apa itu gembira"


Ya Allah, 
jika kedatangannya bagaikan desiran angin yang hanya melawat aku seketika,
maka ambil lah dia daripada pandangan ku, agar aku tidak mengharap untuk memiliknya.
namun jika kehadirannya bagaikan hujan sepertimana dimahukan,
maka jadikanlah tangannya pahala bagiku, yang akan menghapuskan air mata dalam suka mahupun duka.
Ya Allah,
kuatkanlah hati ini, permudahkanlah hidup hambaMU ini,
duhai sang hati,tabahlah menempuhi hakikat ini.
amin amin ya rabbal alamin.
_________________________________________________________________________


Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahimm 

berapa agaknya harga si hati?
sanggup dibuarkan jatuh ke paras kaki.
lalu dipijak.dihenyak.
mengapa pulangkan disaat aku tidak bersedia menyambutnya?
hati aku hancur kau kerjakan.
hati aku berselerak kau lemparkan.
hati aku musnah kau biarkan.
sayang, jika benar pada kau hati ini sudah tidak beharga lagi,
jangan dibuangkan hati aku.
pulangkan semua.
sepertimana kau mengambilnya.
seperti dulu.seperti sediakala.
ini tidak, kau kerjakan dia, kau lemparkan dia.
kau peminjam hati yang tidak bertangungjawab!


Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan daripada Mu.
amin amin yarabbal alamin.
__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahimm 


"suatu saat di kehidupan selanjutnya.bila hujan menyentuhmu dan mengingatkan kau kepada seseorang yang kau kenal, itulah aku"


__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum, 
Bismillahirahhmanirahimm 


ada beberapa perkara yang kita tidak ingin lepaskan dan juga sebab ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan.
tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita  melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya..
*  Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan      dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di fikiran kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, "aku sangat mencintainya"
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhir melainkan awal dari suatu kehidupan baru..